MINGGU 1 : PERGI KE KLCC
• Apa yang saya pelajari atau lakukan minggu ini? Pada minggu pertama, saya pergi ke KLCC dengan menggunakan pengangkutan awam Rapid KL, saya naik bas 🚍 seawal 8.30 pagi untuk menuju ke MRT Stadium Kajang Platform 2 : Kwasa Damansara 🚇. Seterusnya saya turun di LRT Pasar Seni 🚇 dan menuju ke Platform 1 : Gombak untuk menukar stesen ke KLCC. • Apa yang menarik atau baru? Perkara yang saya rasa begitu menarik sepanjang perjalanan saya ke KLCC ialah saya tidak perlu menggunakan wang tunai 💵 dan menukarnya menjadi token 🪙 untuk menggunakan semua pengangkutan ini. Tapi, saya hanya menggunakan kad 'Touch n Go' 💳 untuk membayar semua tambang pengangkutan yang saya telah naiki. Lebih menarik lagi, saya hanya membayar RM6 sahaja 🤩 untuk perjalanan tanpa had sehingga pukul 12 malam kerana saya telah membeli 'Daily Pass' di kaunter perkhidmatan pelanggan MRT Stadium Kajang. Semua transaksi pembayaran menggunakan kad 'Touch n Go' yang telah dihubungkan dengan aplika...