MINGGU 1 : PERGI KE KLCC
• Apa yang saya pelajari atau lakukan minggu ini?
Pada minggu pertama, saya pergi ke KLCC dengan menggunakan pengangkutan awam Rapid KL, saya naik bas 🚍 seawal 8.30 pagi untuk menuju ke MRT Stadium Kajang Platform 2 : Kwasa Damansara 🚇. Seterusnya saya turun di LRT Pasar Seni 🚇 dan menuju ke Platform 1 : Gombak untuk menukar stesen ke KLCC.
• Apa yang menarik atau baru?
Perkara yang saya rasa begitu menarik sepanjang perjalanan saya ke KLCC ialah saya tidak perlu menggunakan wang tunai 💵 dan menukarnya menjadi token 🪙 untuk menggunakan semua pengangkutan ini. Tapi, saya hanya menggunakan kad 'Touch n Go' 💳 untuk membayar semua tambang pengangkutan yang saya telah naiki. Lebih menarik lagi, saya hanya membayar RM6 sahaja 🤩 untuk perjalanan tanpa had sehingga pukul 12 malam kerana saya telah membeli 'Daily Pass' di kaunter perkhidmatan pelanggan MRT Stadium Kajang. Semua transaksi pembayaran menggunakan kad 'Touch n Go' yang telah dihubungkan dengan aplikasinya dan saya hanya perlu mengisi duit tambang secara atas talian. Sebagai pengguna, saya rasa kemudahan ini sangat menjimatkan masa dan tenaga saya 😊.
Berdasarkan pengalaman saya, ada dua perkara yang saya rasa agak mencabar dan mungkin boleh ditambah baik oleh pihak Rapid KL. Pertama, saya berharap pembelian 'Daily Pass' dapat disediakan secara atas talian juga melalui aplikasi 'Touch n Go' seperti 'Monthly Pass' kerana saya terpaksa membelanjakan RM7 😔 untuk perjalanan tanpa had selama sehari. Hal ini kerana saya hanya boleh membeli 'Daily Pass' di kaunter perkhidmatan pelanggan, jadi tambang bas saya sebanyak RM1 😒 untuk ke MRT Stadium Kajang tidak termasuk dalam pas tersebut. Seterusnya, saya perlu menyesuaikan diri dengan jadual tren dan bas, namun perkara ini agak sukar kerana kadang kala saya perlu menunggu lebih lama 😩 dari masa yang telah ditetapkan di jadual.
Melalui pengalaman ini, saya dapat memahami betapa pentingnya ✨ kaedah pembayaran digital ✨ dalam perniagaan. Perniagaan yang menyediakan pembayaran digital seperti pembayaran melalui 'E-Wallet', 'DuitNow' dan 'Visa payWave' dapat memudahkan pelanggan untuk melakukan transaksi pembayaran. Kesannya, pelanggan tidak perlu risau jika mereka tidak membawa wang tunai 💸 yang mencukupi. Secara tidak langsung, pelanggan juga jadi lebih selesa dan yakin untuk membeli dengan lebih banyak 🙆🏼♀️.
Comments
Post a Comment